Saturday, January 8, 2011

Cinta Ini Membunuhku

Sering hati terdetik
Untuk punya teman berkongsi cerita dan perasaan
Yang sekian lama aku pendam
Yang sekian lama aku tanggung sendiri.

Aku tak pasti apakah perasaanku ini
Engkau bukan lelaki yang pernah aku idamkan
Tapi aku gembira sekali bila bersama dirimu
Dan aku suka melihat tiap telatahmu

Aku cemburu bila kau bersama dia
Walau aku tak pernah cinta padamu
Dari mata aku yang jauh memerhati
engkau dan dia bahagia sekali

Aku sedar dia lebih layak untuk mendampingmu
Dan aku tahu kau dan dia saling mencintai
Tak mungkin aku membelah cinta kalian
Kerana aku tidak mahu mengkhianati persahabatan kita

Sedaya-upaya aku sorokkan perasaan
Dan raut wajah yang kecewa
Agar kau takkan pernah sedar
Aku kini keseorangan menderita



No comments:

Post a Comment