Tuesday, August 10, 2010

Andai Ini Takdirnya

Aku tak tau mcm mana nak start entry untuk kali ni. So many things had happened to me.
Suka. Duka. Duka. Duka. (sigh)~ Cerita Antara Sahabat dan Kekasih.

Hati tertekan tatkala diri ditinggalkan. Aku sakit. Aku jatuh. Aku kecewa. Begitu sukar untuk diluahkan. Aku hanya mampu memendam rasa. Mungkin bukan jodoh kami. Aku pasrah.

Pabila hati dilanda badai, teman pastinya yang terbaik. Aku amat menghargainya. Pergolakan yang membawa kepada kemesraan antara kami menyebabkan perasaan kurang senang. Dia sudah berpunya, aku sedang menderita. Oh, sangatlah tidak manis.

Dia yang selama ini menjadi tempatku mengadu, kini meminta untuk dikasihi. Sangatlah tidak adil untuk kekasih hatinya. Kita hanya kawan. Selepas lamaran ditolak, aku dibuang tanpa sebarang pesan. Aku pilu. Sekali lagi ditinggalkan. Malah lebih perit dari ditinggalkan kekasih hati.

Hari berlalu. Dia tidak dapat lagi dihubungi. "Teman, maafkan aku kalau aku ada buat silap". Belum masanya lagi untuk aku menceritakan dengan lebih mendalam hal ini. Hanya kami yang mengerti ceritera ini. Biar ku simpan dalam hati, hanya untuk aku, dia dan kamu. Aku Sayang Kalian. Aku Rindu Kalian. 
Andai Ini Takdirnya, Aku Pasrah.





2 comments: