Wednesday, August 18, 2010

KAWAN

"goodbye to you my trusted friend
we've known each other since
were nine or ten
together we've climbed hills and trees
learned of LOVE and ABC's
skinned our hearts and skinned our knees"

Baru tadi aku terbaca satu blog brader ni. Memang sempoi habis la. Best sangat tulisan dia. Banyak input yang aku dapat. And kat sini aku nak share satu benda yang bagi aku sangat bermakna. Tema: KAWAN atau orang Changlun panggey "FRIENDS".



Kawan itu apabila dia cuma ada RM5 dalam poket, dia masih mampu dan beria ria meng"offer"kan kita nak belanja minum air sirap limau segelas, dan nasi lemak sebungkus. Sedangkan minyak moto dia dah tertera abjad "E".

Kawan itu apabila di"call" tengah malam pukul 2 pagi sebab moto/keta buat hal, dia sanggup datang terkebil kebil baru bangun tido, semata mata nak tolong kita.

Kawan itu apabila kita tengah frust kena tinggal dengan BF yang kononnya 'teman sehidup semati tu' , dia sanggup teman sehingga 2-3 pagi semata mata mahu mendengar luahan hati dan menenangkan kita.

*******

Aku sendiri penah ada kawan mcm ni. Tapi disebabkan beberapa hal, kami seolah olah dh "clash".(bukan bercinta ok!) Apapon, aku doakan yang terbaik untuknya. Mungkin dia akan berjumpa dengan kawan yang lebih baik dari aku.

"goodbye my friend it's hard to die
when all the birds are singing in the sky
now that spring is in the air
pretty girls are everywhere
think of me and i'll be there"


notakaki: thanks to zackzukhairi untuk entry kali ni. -peace bro-



1 comment: