Friday, December 3, 2010

Biar Betapa Jauh, Hatiku Sentiasa di Sisimu.

Apakah aku mudah jatuh cinta? Aku selalu bertanyakan soalan itu kepada diriku sendiri. Dan seperti biasa… soalan itu kutinggalkan tanpa sebarang jawapan. Gone with the wind! Terapung-apung bagaikan kepulan awan putih di langit bumi. Kadangkala bertukar menjadi mendung dan menumpahkan air hujan ibarat manik-manik jernih yang pernah mengalir dan membasahi pipiku.
Cintaku adalah cinta berdarah! Mencintai seseorang yang membuatkan diriku seperti bergelumang dalam lumpur noda dan dosa. Bernafas dalam lumpur? Ya… kesukaran yang membuatkan aku hampir-hampir putus asa.
Apakah aku terlalu mudah jatuh cinta? Walau sejuta kali aku melafazkan pertanyaan itu, namun aku enggan untuk menjawabnya. Malah, aku sengaja tidak mengendahkannya.  Ia semakin menganggu fikiran. Aku yakin, suatu hari nanti, seseorang akan muncul di hadapanku dan memberikan satu jawapan yang tepat. Aku tetap menunggu sampai bila-bila. Percayalah…
Aku masih percaya bahawa jodoh itu ketentuan ALLAH, walaupun tidak berakhir dengan keindahan…

No comments:

Post a Comment