Tuesday, November 30, 2010

Saya dan Awak

Suatu hari saya mengenali awak
Awak sangat baik dan saya terus terpikat
Saya cuba mendekatkan diri dengan awak
Kita mula berkawan
Kita semakin rapat
Sehingga tiada rahsia antara kita
Sehingga la pada suatu hari
Awak mengetahui cerita sebenar
Awak sedih dan kecewa
Bukan niat saya nak permainkan awak
Awak hadir dalam hidup saya secara kebetulan
Saya tak sempat nak ceritakan semuanya pada awak
Awak sangat kecewa dengan saya
Saya kebuntuan membiarkan awak pergi
Mungkin salah saya memberi harapan pada awak selama ini
Saya minta maaf, saya betul betul menyesal
Sejak dari aritu, kita jarang berhubung
Hubungan kita tidak seperti dulu lagi
Kita menjadi kawan biasa
Suatu hari awak menghubungi saya
Awak kata, awak ingin kembali pada saya
Saya gembira
Saya rasakan awak ikhlas
Orang kata, langit tak selalu cerah
Satu hari, sy ternampak gambar awak dengan seseorang
Mesra sekali
Saya betul betul kecewa
Hati saya hancur
Mungkin ini balasan untuk saya
Lepas dari haritu
Kita sering bergaduh
Kini kita makin jauh
Mungkin jalan  terbaik adalah melupakan awak
Mungkin awak bukan dilahirkan untuk saya
Saya bersyukur kerana dapat kenal dengan lelaki seperti awk
Seandainya diberi peluang, saya ingin memenangi cinta awak semula
Terima kasih awak kerana pernah menyinari hidup saya.




No comments:

Post a Comment